Friday 18 March 2016

6 Tips Penjimatan Penghawa Dingin Oleh TNB

Cuaca panas hari ini bukan sahaja kering dan terik tetapi ia membawa kepada masalah kesihatan jika tidak berjaga-jaga. Maka, pemilik penghawa dingin pasti meningkatkan penggunaan pada musim ini.


Berikut adalah 6 tips bagi menjimatkan penggunaan tenaga oleh pihak TNB:

1) Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius.

2) Bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin.

3) Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi pada tahap optimum.

4)Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.

5) Beli unit penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana peralatan itu lebih cekap berfungsi. (Tinjauan kami mendapati ramai mengesyorkan jenis inverter)

6) Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerapa penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompressor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.  



Tunggu apa lagi? Cepat-cepat hubungi kami di  017-3078742

No comments:

Post a Comment